My Blog List
-
2023 saya yang tiba-tiba eh dah 2024 😅9 months ago
-
KISAH 202311 months ago
-
Kita semakin ke penghujung1 year ago
-
Antenatal Class KPJ Selangor, Shah Alam8 years ago
-
Recap: Leadership course by Dr Tareq Suwaidan10 years ago
-
bisikan rindu10 years ago
-
Tekak Fefiling Barat La Citenye..10 years ago
-
-
-
Popular Posts
-
inilah semangat sebagai seorang pelajar town planning (perancang bandar) bila saya (kata ganti nama baru dalam blog) dengan ikhlasn...
-
Assalamualaikum... have u read this dear? I bet u never know about the existing of my blog... Its okay... I can express my feeling here... ...
-
Assalamualaikum... tak jawab dosa ok... hehe Hari ni tak ada apa nak diceritakan... cerita hari ni adalah cerita semalam... dah kalau nama ...
Labels
Thursday
Labels: kisAH ciNta DiRi
Saturday
Assalamualaikum wbt,
Dalam sedar atau tidak begitu pantas waktu berlalu. Tahun hijrah dah menginjak naik setahun menjadi 1436H. Dalam setahun yang lalu, berapa banyak amal yang dibuat, berapa banyak kebaikan yang dilakukan dan berapa banyak pula dosa yang terbeban? Tepuk dada, tanya selera. Semoga amal kita semua diterima dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Aminnn...
Dalam sedar dan tidak juga dah 5 bulan aku bekerja dekat syarikat Compumed ini. 5 bulan yang memberi banyak pengalaman, suka dan duka. Dari aku tak ada fahaman tentang akaun ni dah ada la juga sikit2 walaupun tak faham sepenuhnya dan tak faham banyak lagi term yang budak2 akaun ni gunakan. But at least aku mampu juga buat kerja akaun kan. Sebab tau buat kerja lagi penting daripada tau basic tapi tak tau buat kerja... Huhu... Macam aku la kalau aku kerja sebagai Town Planner... I do have the basics about the planning but I'm not so sure how well I able to manage the works... Haha... Let it be...
Setiap pertemuan ada perpisahan... Dalam akaun ni ada jugak dibahagi kepada beberapa unit... Unit Billing, Unit Payment dan Unit Update... Aku dalam unit payment... Unit payment ni actually ada tiga orang... Bulan akan datang, bakal menyaksikan aku keseorangan untuk cover tiga orang punya kerja... Dua orang dari Unit Payment dah nak pergi... Huhu... Seorang dah terima kerja lain... Seorang lagi nak kerja kat Seremban sebab nak ikut suami... Aku yang single mingle available and alone ni nak buat alasan apa pulak... Aduyai... Terpaksa redha dan merelakan... Lagipun pengalaman kerja aku tak sampai setahun lagi so sangat susah untuk apply kerja kat tempat lain memandangkan backgound study dan scope kerja aku yang berlainan...
Kerja aku yang sekarang pun dah macam tak terbuat menybabkan aku terpaksa buat OT hampir setiap hari... Penat memang tak terkata la kan... Tapi demi mencari rezeki yang halal dan niat nak tolong ibu dan abah akan ku kuatkan juga hati dan diri untuk terus bekerja... Sometimes rasa macam dah tak tertanggung tapi aku tau Allah tu tak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan mereka... Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah...
Kalau dah tak tertanggung sangat memang aku banyakkan mencari kekuatan diri dalam setiap sujud dan doa dan aku tau Allah dengar sebab tu aku lega bila mengadu kat Dia... Semacam dapat satu kekuatan baru setiap kali selesai solat menyebabkan aku terus kuat... Terima Kasih ya Allah...
Ok. Tak tau nak merepek apa lagi... Haha... Last but not least semoga aku cepat dipetemukan jodoh dan ikut jejak langkah kawan2 aku yang lain yang dah sempurna separuh daripada iman mereka... Tercabar jugak dah 24 Tahun ni aku still alone... It's okay... Semoga Allah pelihara hati dan cinta aku daripada yang bukan hak aku... Biarlah hati dan cinta aku untuk yang halal buatku dan bukan untuk orang lain...
Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.
Wassalam...
Labels: mErEpEk
Monday
Assalamualaikum wbt buat semua pembaca...
Dah lama rasa tak menulis dalam blog ni. So, ambil kesempatan kejap hari ni
dalam ofis nak update blog yang dah nak berlapok ni... huhu
Oyeah lupa nak kongsi. Saya dah kerja. Almost two months starting from
28052014 (save the date) until today 22072014 onwards insyaAllah. Kerja tak adalah biasa sangat but I like
the way it is. Dapat masuk kerja ni mulanya just for temporary sebab ganti orang
maternity leave. Tapi Alhamdulillah mungkin rezeki dekat sini. Ada orang
berhenti so that I replace her as an Account Assistant. Gaji boleh la. Kiranya
cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan dan dapat ringankan beban orang tua.
=)
Cerita pasal kerja ni sebenarnya kerja ni dah lari langsung dengan bidang yang saya belajar masa diploma dan ijazah. Bukan lari sikit2 tapi lari sangat dan memang tak ada sangkut paut langsung. Tapi Alhamdulillah as math is my favourite subject, so tak ada masalah dengan kerja akaun ni. Yang penting hendak seribu daya, taknak seribu dalih.
Yang bestnya pasal kerja ni, saya masuk tanpa interview yang perlu persaingan tu. Just interview yang simple then terus masuk kerja. Tak payah nak tunggu call bagai macam a few workplace yang saya pergi interview dan kesudahannya mengecewakan. Tak apa. Janji kerja akaun ni boleh buat saya happy sebab banyak berkait dengan nombor daripada tulisan dan pelan2 bagai.
Its ok... Rezeki dari Allah... Apa2 kerja yang dapat pun, kerjalah dengan hati yang ikhlas insyaAllah walaupun gaji tak banyak tapi tetap cukup... Yang penting jangan lupa bagi dekat parents ok. Dapat banyak, bagilah banyak. Dapat, sikit, bagilah sikit. Ikut kemampuan la kan... =)
Okay. Need to go now... Have many works to do... See you later guys...
Labels: aLL by MyseLf