Thursday

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa
maut?
DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu
terajang aku. Nasib baik tak mati.


------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Kenapa kau marah kat tauke kedai 2Ringgit tu?
DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6ringgit. 

Kata kedai 2Ringgit.

------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana
kau tau dia mati lemas?
DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ikan tu mati dalam
air!


------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah. hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam je.


------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Kenapa kopi yang kau buat ni rasa masin?
DOL: Gula dah habis!
SAM: Yang kau pergi campur garam kenapa?
DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah.

------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light
dinner" dengan bini kau, mesti dia suka.
DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik,
api rumah aku dah kena potong!


------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Aku ada AIDS? mana ada.
DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids.
Aku dah tanya 9 orang, semua tak ada aids, kau orang
ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu.


------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macam ni aku kena banyak berlatih
agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.
 


------------ --------- --------- --------- --------- ------

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak
kedai kita.
DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau,jangan pasang
signboard "SILA DATANG LAGI"



hahaha! lawak ke korang? ak saya pun tak berapa nak faham apa yang lawaknya. tapi sekadar nak kongsi untuk hilangkn boring. ada orang hantar email kat ak saya pasal lawak ni so, dah tak tau nak buat entry apa, post lah entry ni. dah nama pun SAM dengan DOL, so, mungkin la ada lawaknya. (evil laugh)






alang-alang korang semua dah habis baca kan. apa kata korang tengok satu blog ni. nak tau apa yang ada? cuba klik sini jangan lupa tengok tau. then kalo bleh, bagitahu la kawan-kawan yang lain... =)

chill out friends!!! wassalam... =P

0 Comments:

Post a Comment



 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review