Wednesday

Assalamualaikum w.b.t
Permulaannya, saya nak ucapkan ALHAMDULILLAH
Syukur kepada yang MAHA ESA
Kerana keputusan peperiksaan saya meningkat
Tidaklah secemerlang mana
Tetapi sudah cukup untuk buat saya gembira
Saya tanamkan azam dalam diri kini
Saya tidak perlu bersaing dengan orang lain
Sebaliknya saya perlu bersaing 
Dengan diri saya sendiri


Mungkin kelihatannya agak pelik 
Apabila membaca pos kali ini
Kerana saya menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya
Dengan tiada ejaan ringkas
Dan tiada perkataan Bahasa Inggeris
Seperti selalunya

Bukannya apa...
Tetapi
Saya ada membaca satu helaian surat khabar
Baru-baru ini
Dimana orang Melayu sekarang
Lebih gemar menggunakan bahasa rojak
Dan juga bahasa Inggeris sepenuhnya
Yang dianggap lebih tinggi darjatnya
Berbanding Bahasa Ibunda kita sendiri


Pengalaman saya baru-baru ini
Ketika saya mengahdiri kelas amali memandu
Ada seorang lelaki yang kurang upaya
Dia mengalami cacat pendengaran
Maka, secara logiknya 
Dia tidak mampu mendengar 
Dan memahami apa yang dituturkan
Tetapi
Yang menghairankan saya
Dia hanya mampu memahami Bahasa Inggeris
Setelah saya selidiki
Rupa-rupanya kedua ibu bapanya
Telah menghantarnya ke sekolah Inggeris
Kerana itu dia hanya mampu 
memahami Bahasa Inggeris

Kenapa perlu berlaku hal yang demikian?
Adakah Bahasa Melayu kita
Sudah terlalu ketinggalan zaman?
Sedangkan Bahasa Melayu dulunya 
Pernah menjadi Lingua Franca
Tetapi semakin lama semakin diketepikan
 Dan pandangan masyarakat hari ini
Sekiranya hanya tahu menggunakan Bahasa Melayu
Seseorang itu tidak akan berjaya

Satu lagi contoh yang dapat saya beri
Semua ibubapa moden zaman kini
Akan mengajar anak mereka yang baru lahir
Bertutur menggunakan Bahasa Inggeris 
Bagi membolehkan anak mereka 
Menjadi seorang penutur Bahasa Inggeris yang hebat
Dimana letaknya maruah Bahasa Melayu kita?

Jadi untuk mengangkat kembali martabat
Bahasa Melayu yang tercinta
Maka pos kali ini saya menggunakan
Bahasa Ibunda saya
Disamping untuk mengajak
Para Pencinta Blog
Untuk membuat satu pos 
Menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya
Kerana bahasa menunjukkan bangsa
Dan tanda kita 
Masih cintakan Bahasa Ibunda


Takkan Melayu Hilang Di Dunia
Itulah kata Hang Tuah...
Sejauh mana kebenaran kata-kata itu
Akan terjadi jika
Masyarakat masa kini
Lebih mementingkan pengetahuan 
Dalam Bahasa Inggeris

Jika seseorang itu mampu 
Bertutur Bahasa Inggeris dengan lancar,
Kita akan pandang tinggi dan berpendapat 
Bahawa mereka itu hebat
Dan jika seseorang itu 
Pertuturan Bahasa Inggerisnya lemah
Kita akan mempersendakannya 
Dan ada juga yang mentertawakannya

Kenapa tidak kita mempersendakan 
Orang yang tidak tahu bertutur dalam
Bahasa Melayu dengan baik 
Sedangkan kita di dalam negeri
Yang majoritinya dihuni oleh orang Melayu?
Kerana mentaliti masyarakat kini
Jika tahu bertutur Bahasa Inggeris, 
Dialah yang terhebat

Tidak salah untuk mempelajari 
Dan mengetahui bahasa lain
Kerana ilmu itu bernilai
Tetapi janganlah sampai 
Maruah Bahasa Melayu kita tergadai...

Tidak semestinya orang yang tidak tahu
Berbahasa Inggeris itu 
Tidak akan berjaya dalam hidup
Sebagai contohnya
Dato' Siti Nurhaliza
Seorang budak kampung yang tidak tahu
Dan kurang pandai bertutur
Menggunakan Bahasa Inggeris
Dan jika dia cuba menuturkannya
Pasti ada yang mengejek
Mentertawakan tidak kurang yang menyindir
Tetapi kita dapat lihat 
Dia kini seorang yang berjaya
Dan dikagumi

Bukankan Bahasa Melayu kita terlalu indah?
Dengan simpulan bahasanya, 
Pepatahnya, dan kiasannya
Tetapi mengapa kita malu 
Untuk memartabatkan Bahasa Kita Sendiri?

Sama-sama kita hayati lirik lagu di bawah

GUNAKANLAH BAHASA KEBANGSAAN KITA
MARILAH AMALKAN RAMAI-RAMAI
BAHASALAH MENYATUKAN KITA SEMUA
YAKINLAH BAHASA JIWA BANGSA
MARILAH MARI RAKYAT SEMUA
BUKTIKAN TAAT SETIA DENGAN SATU BAHASA
MAJU BANGSA DAN MAJU NEGARA
GUNAKAN BAHASA KITA
BAHASA JIWA BANGSA

Mari kita renung kembali
Perlukah kita melupakan terus 
Bahasa Melayu kita?
Bahasa Ibunda Kita?
Tentu sekali TIDAK!
Jadi, apa yang perlu kita lakukan?
Tepuk dada, tanyalah selera... =)



0 Comments:

Post a Comment



 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review