Monday

penyakit malas!!!

ni la susahnya dengan manusia zaman sekarang. kemudahan dah berlambak depan mata tapi kan tetap jugak tak reti nak hargai.

ops! kejap! sebelum itu, assalamualaikum ye... =) ni marah dengan diri sendiri ni sebenarnya. bila la agaknya nak jadi rajin? yang tahunya nak berjalan(melepak), nak enjoy(have fun) dan nak menghabiskan duit. hey syamira! kalau tak rajin belajar, nanti tak dapat kerja bagus plus tak dapat la duit berkepok(banyak) then tak dapat jugak la kau nak berjalan dan enjoy selalu syamira oi!

pernah tak korang semua fikir macam tu? ni ha baru diri ni terfikir dengan tiba-tiba. tau tak kenapa? sebabnya kan masa mengantok dan tak tau nak buat apa ni, baru la 'te'rajin sedikit nak buat pos baru setelah berbulan tinggalkan my blog ni. kesian dia...

tapi secara jujurnya, memang tersangat la malas lagi-lagi nak update apa-apa mengenai diri. huhu...  walaupun tak ramai yang nak tau pun sebenarnya tapi mesti ada jugak yang nak tau kan?
kan? kan? hahaha... tak perlu nak perasan sangat la syamira!

yang penting sekarang, diri ni kena berusaha menjadi seorang yang rajin dan berubah ke arah menjadi lebih positif. chaiyok!

orang-orang dulu tak ada kemudahan apa-apa pun tapi boleh jadi lebih berjaya dari orang zaman sekarang yang dilengkapi pelbagai kemudahan. contohnya pelajar universiti sekarang tipulah kalau tak ada laptop satu sorang sebab zaman sekarang dah maju. semua kerja-kerja kena ditaip. takkan nak pinjam laptop orang pulak kan. dan takkan lah nak angkut pc pergi balik. nak tak nak laptop dah jadi kewajipan untuk masuk universiti. betul ke tak? so, masa untuk berubah!(mungkin)


cuba renungkan ayat ni. ayat ni kawan saya bagi kat saya so tak salah untuk kongsikan dekat sini sebab ayat tu sangat menarik untuk dikongsikan. baca ya:

"rasa malas dan jemu itu datang dari syaitan dan jauh sekali dari fitrah kita sebagai manusia yang sebenarnya. Allah tak jadikan manusia ni pemalas sebaliknya rajin dan tidak pernah putus asa. belajar itu jambatan ke syurga dan belajar itu bukan hanya semata-mata untuk lulus peperiksaan tapi belajar itu untuk akhirat. itulah erti belajar yang sebenarnya. belajar kerana Allah tanpa mengharapkan ganjaran apa-apa, itu lebih mulia."

best kan kata-kata itu? lebih kepada ayat untuk orang yang malas belajar. memang susah rasanya nak praktikkan benda ni dalam kehidupan kita tapi tak mustahilkan? jangan nanti kita menyesal kemudian hari sebab kita memilih untuk layan rasa malas itu. wallahualam...

goodnight MALAYSIA!
and all of you my dear... wassalam... =)


0 Comments:

Post a Comment



 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review