Wednesday

virus menyerang!!!

hai u alls!!! opps sorry... terlupa nak bagi salam... =) assalamualaikum para pembaca yang sudi membaca (ad ke???) kalau ada dipersilakan jawab salam. kalau tak, biarlah saya yang menjawabnya sendiri. memberi salam itu sunat tetapi menjawab salam itu wajib saudara dan saudari (sekadar peringatan)

okay! terus kepada entry saya hari ini. hari ini nak bercerita mengenai virus. selaku manusia yang hidup dalam zaman@dunia yang serba moden ini semua mesti tau kan apa itu virus. nampak la sangat menipunya kalau ada yang tak familiar dengan perkataan virus... hari ini laptop kesayangan saya telah diserang oleh virus. huh! kureng betul virus ni! saja je nak buat gempak tengahari buta ni. nasib la kebijakan saya ini tak mudah melatah dengan serangan mereka... kalau tak, memang sangatlah gembiranya hati mereka-mereka yang bernama virus tersebut... =P lalala terperasan la pulak... hehe 

macam ni ceriteranya bermula... sedang asyik-asyik saya dating baik punya dengan my fellow friends (pmpuan ye!tanpa diduga kawan saya yang lain yang telah@sedang meminjam laptop kesayangan saya menelefon saya. "ish dia ni kacau betul.", bisik saya dalam hati. (drama pulak) tertanya-tanya jugak apa pulak dia ni nak.

dialog yang berlaku ketika sesi telefon tersebut adalah seperti berikut:

"weh syam (nama panggilan manja saya) kau kat mana?", tanya si dia.
"aku ada kat bawah ni. kenapa?", jawab saya dengan penuh curiosity.
"kau naik atas tengok laptop kau ni", kata dia lagi.
"kenapa dengan laptop tu?", tanya saya.

saya dah cuak habis ni. mana pulak tak datang cuaknya. laptop tu dah la baru je repair sebab ada lcd problem. 500ringgit diulangi 500ringgit ye sekalian kena bayar. takkan la rosak lagi sayang oiii. OMG... huaarghh!!!(kenapa bunyi macam mengantok pulak?) kenapa pulak dengan kau ni wahai laptop tersayang??? huhu

sambungan dialog:

"kau naik je la dulu. aku tak tau nak explain (english education) macam mana", kata si dia
sebagai penamat perbualan kami.

setelah mengambil kupon untuk mendapatkan makanan percuma pada waktu tengahari nanti, dengan pantasnya dan tanpa melengahkan masa yang sediakala menjadi emas, saya berlari mendaki tangga untuk naik ke studio iaitu kelas kesayangan kami.

bisikku dalam hati dengan penuh kesayuan, "why my dear lappy???" huhu

setibanya saya di kelas, ramai la pulak yang berkerumun menghampiri laptop saya. saya pun terus merempuh mereka semua yang ada disitu. 

okay. saya blank dan terpaku. kenapa pulak dengan laptop ni? nak tau tak apa yang terjadi? (jeng3x) mungkin bagi sesetengah antara u alls benda tersebut merupakan benda yang lama dan dah basi dah pun. tetapi bagi diri yang baru mencecah umur 20an ini, ini adalah benda yang bernama virus yang paling terbaru yang berkenalan dengan saya... lalala... (u alls ad???)

virus ni punya penangan lebih kurang macam ni la. let me explain. habis semua icon kat desktop jadi satu icon yang sama. contohnya la kalau kat desktop saya ada shortcut IDM, autoCAD dan photoshop ketiga-tiga shortcut ini akan bertukar menjadi icon yang sama. kalau icon photoshop, so tiga-tiga ni jadi photoshop. klik la mana-mana shortcut lain pun dia akan dibuka melalui photoshop. pelik kan? nak explain panjang lebar pun tak tau macam mana tapi itulah kenyataan yang mesti dihadapi.

dengan pengalaman yang sedikit disertai kepakaran yang mungkin ada saya pun membelek-belek laptop kesayangan. orang yang lain dah mula beransur gerak termasuk dia yang telah memperkenalkan virus ini kat laptop saya. tapi saya takkan berganjak walau apa pun yang terjadi. apa pun yang akan berlaku, laptop ini mesti dipulihkan right now no matter what by hook or by crook! huhu

hampir satu jam menghadap, mulalah fed up tu datang bertandang. ye la balik-balik benda yang sama jugak jadi. tanya kawan-kawan yang mudah putus asa, jawapan yang paling tidak digemari "format je lah" akan keluar dari mulut mereka-mereka (what the???!!! huh!) excuse me dear friends, itu adalah jawapan orang yang tak nak berusaha macam saya ye. sangatlah malas untuk format laptop. alternatif lain please... huhu

virus ni dia tak effect dokumen dan benda-benda dalam laptop yang lain tau. dia just effect desktop, startup beserta taskbar sahaja dan virus tersebut dikenali dengan nama LNK FILE. macam mana saya tau? nama pun pakar kan. haha (tak habis-habis perasan) ye la. cuba bayangkan dah berapa jam saya menghadap pesakit yg bnama laptop ni. memanglah akhirnya jawapan ditemukan. untunglah jadi orang sabar. Allah dah cakap kan usaha tangga kejayaan. =)

LNK FILE ini mesti dihapuskan! dah puas kau ganggu hidup aku hari ni ye virus! arghhh! kesian my lappy. sabar ye sayangku... huhu... bengong betul LNK FILE ni. nasib je lah saya ni pakar tau. wacha! apa lagi kan dengan menggunakan teknologi hujung jari, saya pun on la internet (laman sesawang) dengan menaip LNK FILE.

rupa-rupanya virus ni agak popular (kalau tak popular, tak mungkin lah saya boleh jumpa masa search kat google kan) dan yang penting virus ni sebenarnya tak adalah hebat mana pun sebab sangat senang untuk dibaik pulih berbanding virus yang lain yang pernah saya tangani.


then, jawapan yang ditemukan dari apa yang saya search, ada link yang pakar bagi untuk di download bagi menghapuskan LNK FILE yang tidak bertanggungjawab tu! (credit to syuhaida afifah - pemilik pendrive yang mewujudkan  virus ini to my lappy!)

just download by click link yang diberi dan follow instruction
after that, restart your notebook and it will be back to normal

yeah! Alhamdulillah. Allah bersama-sama orang yang berusaha... =) so, itulah merupakan salah satu penggunaan internet. bukannya untuk buat kerja-kerja tidak berfaedah ye tapi untuk mencari maklumat dan mencari penyelesaian bagi masalah-masalah yang ada.


sesiapa yang suruh saya format my lappy tadi itu, see? my lappy dah okay la der! nasiblah saya tak mudah dengar cakap orang yang mudah putus asa macam u alls tu. ada jugak kebaikan untuk orang yang degil ye. kalau tak, tak pasal-pasallah laptop saya kena masuk bengkel untuk diformat. huhu... tak sanggup okay!

itulah pengalaman hari ini. dunia memang hujung jari je. just search for whatever you want and all the informations will be there unless you do not have any internet connections. lol.  so, berusahalah belajar dan tambahkan ilmu pengetahuan ye. pengalaman adalah guru yang terbaik... =) peace!!!

p/s: kalau dah malas sangat nak cari link dia
boleh klik je kat sini dan baca apa yang patut.

okay... got to go
see you next time... =)
assalamualaikum

gambar contoh file yang kena virus lnk tu 
dimana kesemuannya bertukar menjadi satu icon yang sama. 
so, be careful okay. jangan format laptop anda. hehe

0 Comments:

Post a Comment



 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review