Assalamualaikum w.b.t
tiada kata yang mampu diungkap
tiada ucapan yang mampu diluah
sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku kerana Allah yang satu... =)
assalamualaikum... tak jawab dosa ye kawan-kawan yang budiman. okay boleh sambung baca entry lepas dah jawab salam. hehe
ni dah kenapa pulak si syamira ni malam-malam buta buat entry pasal lirik lagu jiwang-jiwang pulak ni? mengigau la agaknya kot. ke dah tak berapa betul sebab penat main badminton petang tadi? hahahah biasalah kan dah lama tak exercise so sesekali main badminton tu normal la sakit-sakit badan. warming up pulak tak berapa rajin nak buat. =p
okay habis merepek. sebenarnya saja melayan hati malam-malam ni. remajalah katakan. mana urban kalau tak melayan jiwa remaja ni kan. =p
actually lagu ni 'ter'minat masa dengar first time dekat cerekarama tv3 tu. cuba teka agak-agak cerita apa? cerita ni dilakonkan oleh dua pelakon yang comel iaitu sein dan anzalna. ha! ada yang teka betul dah tu. hahaha (syamira psycho). cerita tu tajuk dia SALAHKAH AKU.
disebabkan pelakon berdua tersebut adalah antara yang saya minat (selain FIZO OMAR), so, dengan rela hatinya saya tengok cerita ni sampai habis. nasib baik ending cerita ni tak menyakitkan hati dan bolehlah dikatakan best jugak cerita ni.
untunglah dapat suami macam tu. dia ubah isteri dia dengan cara profesional. tu baru hero malaya. bukan yang kaki pukul perempuan tu dipanggil hero okay! setakat pukul, semua orang boleh pukul tapi siapa yang boleh ubah seseorang tu barulah dipanggil hebat. yeah!!! (mintak-mintak dapat suami macam tu)
orait, bolehlah teruskan layan lagu ni bersama-sama dengan saya... hehe need to go now. ada kerja studio nak kena buat ni. analisis kot so sangat banyak kerja. minggu depan dah nak tengok progress. so, berjagalah saya malam ni dalam usaha menyiapkannya. =)
p/s: next entry saya share lirik lagu yang lain pulak... =)