Sunday

- i am missing u-

nukilan sebelum mata ni terlena untuk tidur. alamak! lupa lagi. assalamualaikum semua. =) ok... sambung. ni bukan hanya nukilan sebelum tidur tapi lebih kepada luahan saya. huhu... =(

awak, saya rindu awak. seriously. tak tipu punya. just dreaming about you last night. mimpi we share the moments together. indahnye mimpi tu. =)

betul la kan orang cakap. kalau mimpi tu best, kadang-kadang kita mengharap mimpi yang menjadi mainan tidur itu berubah kepada menjadi satu kenyataan. same goes to me. mengharapkan mimpi menjadi realiti. =(
bila saya tak dapat jumpa awak secara berdepan, jumpa dalam mimpi pun mungkin sudah cukup bagi saya. sekurang-kurangnya bila saya bangun, saya mampu tersenyum. saya tau, Allah nak bagi saya bahagia, biarpun sedetik cuma. =(

apa pun yang berlaku, saya tetap serahkan segalanya pada yang Kuasa kerana Dia Maha Mengetahui yang terbaik untuk kita, juga untuk semua hambanya. kalau saya ditakdirkan tak ada jodoh dengan awak, saya terima. walaupun kadang2 kenyataan itu pahit untuk ditelan. tapi saya tetap redha. saya tahu saya tak layak untuk awak. awak insan terbaik pernah saya jumpa. saya harap awak jumpa dengan seseorang yang jugak terbaik untuk awak.
tapi alangkah bahagia kalau orang itu adalah saya. tapi hidup ini aturan Ilahi. bukan kuasa saya untuk melawan Takdir. kata orang cinta tak semestinya memiliki. jadi saya ikhlaskan hati ini pada awak. walau awak tak mungkin tahu. hati ini ada awak. saya cuma doakan awak bahagia.

jangan tanya kenapa saya suka awak. there will be no reasons. sebab Allah yang bagi saya hati ni. dan Dia juga yang bagi perasaan ini.

okay la awak. saya nak tidur dah.  jumpa lagi nanti ya awak. semoga awak dengar dan tahu. saya memang rindukan awak kala ini. (ooo... aku rindu. katakan padanya aku rindu. oh burung... nyanyikanlah. katakan padanya aku rindu.) wassalam... =)





0 Comments:

Post a Comment



 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review