Tuesday


KAU TELAH PERGI - FARAHDHIYA
Mungkin aku yang salah

Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Hanya untuk diriku
Mungkin aku yang salah tak menjagamu

Memang aku tak mampu

Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Selalu untuk diriku
Memang aku yang salah buatmu terluka

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu

Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi

Kini kau telah terluka kau tak ingin lagi

Mencintaiku kerna ku menyakitimu
Kini kau bukan untuk diriku lagi

Jujur ku katakan ku masih mencintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi
Kau telah pergi



assalamualaikum... tak jawab dosa ye kawan-kawan yang budiman. okay boleh sambung baca entry lepas dah jawab salam. hehe

ni dah kenapa pulak si syamira ni malam-malam buta buat entry pasal lirik lagu jiwang-jiwang pulak ni? mengigau la agaknya kot. ke dah tak berapa betul sebab penat main badminton petang tadi? hahahah biasalah kan dah lama tak exercise so sesekali main badminton tu normal la sakit-sakit badan. warming up pulak tak berapa rajin nak buat. =p

okay habis merepek. sebenarnya saja melayan hati malam-malam ni. remajalah katakan. mana urban kalau tak melayan jiwa remaja ni kan. =p

actually lagu ni 'ter'minat masa dengar first time dekat cerekarama tv3 tu. cuba teka agak-agak cerita apa? cerita ni dilakonkan oleh dua pelakon yang comel iaitu sein dan anzalna. ha! ada yang teka betul dah tu. hahaha (syamira psycho). cerita tu tajuk dia SALAHKAH AKU. 

disebabkan pelakon berdua tersebut adalah antara yang saya minat (selain FIZO OMAR), so, dengan rela hatinya saya tengok cerita ni sampai habis. nasib baik ending cerita ni tak menyakitkan hati dan bolehlah dikatakan best jugak cerita ni.

untunglah dapat suami macam tu. dia ubah isteri dia dengan cara profesional. tu baru hero malaya. bukan yang kaki pukul perempuan tu dipanggil hero okay! setakat pukul, semua orang boleh pukul tapi siapa yang boleh ubah seseorang tu barulah dipanggil hebat. yeah!!! (mintak-mintak dapat suami macam tu)

orait, bolehlah teruskan layan lagu ni bersama-sama dengan saya... hehe
need to go now. ada kerja studio nak kena buat ni. analisis kot so sangat banyak kerja. minggu depan dah nak tengok progress. so, berjagalah saya malam ni dalam usaha menyiapkannya. =)

p/s: next entry saya share lirik lagu yang lain pulak... =)

~ thats all for today... selamat malam ~



Sunday

Assalamualaikum...
Alhamdulillah masih diberi kesempatan oleh Yang Esa untuk terus bernafas di muka bumi ini. Semoga dipanjangkan umur kita semua dalam ketaatan kepadaNya. insyaAllah... =)

Rasanya tak begitu lama biarkan blog ni menyepi. So, dikesempatan waktu yang masih ada, bolehlah nak coretkan berpatah-patah perkataan sebelum mula menyiapkan tugasan yang perlu dihantar esok. Sabar ye ENCIK ASSIGNMENT! Saya nak menaip sebentar. Sekejap lagi giliran awak tiba. =)

Macam-macam kejadian yang berlaku. Ada yang menggembirakan dan ada juga sebaliknya. Tapi biasalah itulah kehidupan. Tak semuanya indah. Dunia ini tempat ujian. Dan semoga ujian yang kita terima membawa kita lebih dekat dengan Maha Pencipta. Ya Allah, berilah ketenangan hati kepadaku. Hati ini sekarang memag sangat tak tenang dan terasa macam sangat terluka.

Terus kepada tajuk entry ini. sesungguhnya saya memang insan yang sangat lemah kala ini. Saya memang dah tak mampu nak menahan marah. Sya pun manusia biasa. Janganlah buat saya macam saya ni apa je kan. Dah rasa memang meluap-luap sangat dah ni. Tapi marah itu tak dapat dilepaskan kepada yang sepatutnya sehingga dilepaskan kepada orang yang tak berdosa.

Kenapa susah untuk jujur bila benda tu dah terang lagi bersuluh. Terus jugak nak simpan benda yang konon-konon rahsia sangat tu. Tak tau lah nak membodohkan orang atau apa niat sebenar. Tapi terus terang cakap memang seriously annoying bila dah kantoi cerita sebenar terus jugak nak cakap tak tau apa-apa. What's the point sebenarnya?



Mulalah rasa macam meluat dan tertanya kenapa orang macam ni kena saya kenal? Memang menguji kesabaran betul. Actually hari tu pernah diperbodohkan jugak tapi terkantoi. So, the same things happen again. Der, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jugak la. Sooner or later. Allah itu Maha Adil. Kalau bukan kat dunia, kat akhirat tu. Nak sorok mana. Kalau dosa dengan Allah, mintak ampun, memang rasa tenang. Tapi kalau dosa dengan manusia selagi tak minta maaf agak-agak boleh tenang ke hidup? Hidup membodohkan orang. Maybe its funny kot~

Sangat pelik jugak bila tak tau cerita sebenar tapi boleh pulak sampaikan cerita tu pada orang lain apa yang berlaku. Orang apa pulak lah ni? Bomoh? Or ada sixth sense? Dan cerita yang disampaikan lebih detail dari tuan sebenar tau. Pelik bin ajaib. Tapi itulah bila tanya suruh jujur, cakap memang tak tau apa-apa. Mungkin ada jelmaan pulak kot yang menyamar.

Dan tak tau kenapa boleh kenal dengan orang yang pandai bermuka-muka ni. Mungkin dia tipu sunat kot. Nak jaga hati. Tapi hati siapa pulak nak dijaga? Aduyai... Sama-sama kaum hawa pun buat macam ni. Kalau hati bukan muhrim tu bukan main lagi jaga. Takut terguris. Alahai... Hati perempuan dengan hati lelaki, hati perempuan ni lebih cepat terluka. Saya ni bukan manusia kot so tak payah jaga hati saya ek? Come on lah...

Ish kalau nak diceritakan sampai esok pun memang tak habis. Tapi orang kata kalau kita kecil hati pun berdosa jugak. Tapi entahlah. Huhu... Tak tau nak cakap apa. Cuma memerlukan penjelasan yang jujur bukan penjelasan yang dibodohkan. KATAKANLAH YANG BENAR WALAUPUN IANYA PAHIT. Daripada nak simpan rahsia dan terkantoi lebih mneyakitkan hati rasanya.


Itulah luahan hati yang bengang. Cuba kalau terus terang. Tak ada siapa yang kecil hati. Sudah-sudahlah berlakon tak tau apa-apa ye... 

WASSALAM... =)

Wednesday

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...
Assalamualaikum pembaca yang budiman dan dirahmati sekalian...

Alhamdulillah 5 September 2012 genaplah usia saya yang ke-22 tahun. Dah 22 tahun hidup atas muka bumi Allah ni. Mungkinkah keimanan diri seiring dengan pertambahan usia? hmmm... entahlah... Soalan yang kita sendiri susah nak jawab. Manusia itu sememangnya bersifat lupa. Kadangkala juga diri saya terleka dan lalai dengan dunia sedangkan dunia ini cuma persinggahan hidup yang sementara. Semoga Allah memanjangkan umur saya dan anda semua dalam ketaatan kepadaNya dan RasulNya... aminnn

Kepada sahabat-sahabat yang memberi ucapan, terima kasih banyak-banyak. Semoga apa yang didoakan untuk kebaikan saya itu juga adalah doa untuk kebaikan sahabat sekalian. Islam itu indah kerana dalamnya ada doa. Doa itu senjata orang Islam. Sentiasalah kita berdoa untuk menjadi yang terbaik dan penuh mengharap agar doa itu Allah makbulkan kerana apalah ada dengan hidup kita melainkan mendapat rahmat ALLAH yang begitu luas.

Semoga Allah merahmati kita... =)

*insyaAllah panjang umur tahun depan jumpa lagi*

Thursday

bila usia dah meningkat ke alam remaja dan bila tengok ada segelintir kawan-kawan yang mendirikan rumah tangga terdetik juga kat hati kan bila lah saya nak kahwin ni? hahaha! biasa la lumrah seorang manusia kan. lagipun kahwin kan dapat sempurnakan separuh daripada iman. baru separuh u alls... separuh lagi? ha jawab-jawab...



berangan punya berangan then ada panggilan masuk. ooo... kawan lama saya yang telefon. maka dengan baiknya saya pun menjawab panggilan tersebut memandangkan dia seorang yang boleh dikategorikan muslimah sejati... =) (bilalah dapat jadi macam dia?)

ingatkan nak sembang kosong je... tapi rupa-rupanya dia jemput makan nasi minyak dia. alamak... baru je berangan nak kahwin ni ada sorang lagi jemput makan nasi minyak. then, tergatal mulut nak tanya saat-saat dia bercinta. yelah nak tau jugak saat perkenalan mereka kan. takkan tak bercinta kot. selalu remaja lain majority yang nak kahwin tu akan couple. so, saja la mintak nasihat sikit. 

sebab setahu saya la kan dulu time sekolah ada mamat yang boleh dikatakan baik sangat suka dia. memang boleh dikatakan ciri-ciri lelaki adalah kat mamat tu. sayangnya mamat tu tak suka kat saya la pulak! kalau tak, memang dah couple dah kami... wakaka... back to the story, akhirnya dia kahwin dengan orang lain yang menurut cerita dia, dia kenal secara tak diduga. itulah jodoh.

saya tanya yang mamat kat sekolah dulu tak tackle dia ke. sebab biasa lah mamat2 zaman sekarang ni semua guna ayat2 terbaik nak pikat awek... maklumlah hati perempuan kan cepat cair bila dengar ayat2 indah yang disusun oleh si mamat2 tersebut. huhu... ok sambung cerita...

then dia ceritalah... memang mamat tu approach dia lepas habis sekolah. hati perempuan dia memang cair sebab mamat tu sangatlah baik, handsome pulak. perempuan mana tak terpikat kan. kalau saya pun akan senyum sampai telinga. hehe

tapi dia tak dengar kata hati dia sebab orang kata ikut hati mati. ye, dia memang memerlukan seseorang dalam hidup dia tapi dia taknak hubungan itu bersandarkan nafsu sekali gus mengurangkan cinta Ilahi. dia cakap kita nak bercinta dengan orang yang boleh meningkatkan keimanan kita bukan yang melalaikan kita dengan tipu helah cinta manusia. dan sebelum cinta manusia, kenallah dulu yang Maha Mencintai.

terus saya terdiam. begitu kuatnya pendirian dia. saya? huhu... insaf seketika. 

then saya meneruskan bicara, tanya lagi dia terus tolak cinta lelaki tu ke? tak takut dapat yang lagi tak ok dari lelaki tu. sebab selalu orang kata kalau kita dah lepaskan orang yang baik, kita dapat yang lagi tak baik.

then dia jawab, jodoh tu bukan kat tangan manusia. okay. hujah itu tak boleh disangkal. 

dia sambung cerita. dia tak tolak cinta mamat tu tapi dia cabar. kalau betul mamat tu sayang dia seikhlas hati dan memang taknak mencintai dan membuka hati untuk orang lain selain dia, kenapa sekadar nak couple? kenapa tak nak menikah? then, mamat tu kata tak cukup duit lagi dan nak couple sebab nak berkenalan dulu. so klise. dia pun tersenyum dan dia tinggalkan mamat tu.

saya pun tanya la tak kesian ke dan tak rasa bersalah ke masa tu? 

ni jawapan dia.
dia tak rasa bersalah sebab dia buat apa yang betul. biarlah dia berduka kat dunia ni tak couple dengan mamat tu asalkan Allah suka. dia taknak dia suka loving2 bagai dengan mamat tu bergayut siang malam menyatakan rasa cinta, tapi Allah berduka dengan tindakan dia. 

dia juga taknak menjadi fitnah pada lelaki tu sebab dia pun sayang lelaki tu. sebab sayang, dia lepaskan lelaki tu pergi sebab dia yakin dengan jodoh yang Allah dah tetapkan. memang dalam hati dia mengharap mamat tu menjadi suami dia tapi manusia hanya merancang dan Allah juga yang menentukan. perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan.

mamat tu memang baik tapi tak sanggup terima cabaran dia. dan dia menolak cinta mamat tu dengan cara terbaik.

lama dia menutup pintu hati dia untuk jatuh cinta dengan yang lain sebab hati dia masih ada pada mamat tu. tapi bukan dia ego. cuma dia impikan hubungan yang halal. dia tak putus2 doa kalau ada jodoh dengan mamat tu, satukanlah hati mereka. tapi dia tetap menyimpan perasaan cinta tu dalam hati dia sebab itu salah satu jihad. takkan sekali-kali dia akan luahkan selagi tiada ikatan antara mereka. huhu

selang beberapa tahun, ada lagi sorang mamat yang kurang serba serbi berbanding mamat tadi approach kawan saya ni. dengan cara yang sama dia memberi jawapan kepada mamat tu.

selang beberapa hari, dia terkejut mak dia telefon cakap ada orang yang masuk meminang dia dan orang itu adalah mamat yang kurang serba serbi tu. tapi dia setuju sebab mamat tu menghormati pendirian dia dan dia mula belajar menerima mamat tu.

mamat yang kedua mungkin kurang paras rupa berbanding mamat yang pertama tapi keikhlasan dia lebih terserlah menyebabkan kawan saya menerima dia. ooo... indahnya cinta!

dah macam novel dah saya buat. tapi point utama dia adalah, kalau seorang lelaki itu betul cinta dan ikhlas sayangkan kita, dia takkan ajak kita couple sebaliknya berusaha menjadikan kita yang halal buat dia. sebab dalam Islam pun tak ada cinta sebelum kahwin kan... =)



Allah tak pernah menghalang manusia bercinta sebab itu fitrah kita tapi cinta itu mestilah di landasan yang betul. bukan bercinta macam orang dah nikah tapi hakikatnya tak ada ikatan yang sah.

manusia sentiasa nak berubah menjadi lebih baik sebab itulah fitrah asal manusia. wallahualam... 
renung-renungkan. insyaAllah saya pun nak jadi macam ni... huhu

p/s: lepas ni kalau ada yang mintak couple dengan saya, saya nak cabar dia jugak la. siapa yang berani masuk meminang tu, memang saya terus terima dia la sebab terpancar keikhlasannya... hahaha (harapannya agar fizo omar la yang berani tu)



[UPDATE: result dah keluar and Alhamdulillah cgpa naik walaupun gpa turun... syukur kepada Allah yang memberi rahmat... sem depan (last sem) usaha lagi!]


Saturday

Bismillahirrahmanirrahim... =)

setelah lima hari (kalau tak silap) my fellow friends (yaya, mira n mek) pergi luar negara (not including MY FIZO OMAR) then mereka pun balik pada hari khamis yang lepas... sebagai kawan yang paling rapat dengan saya, of course la mereka telah membeli ole-ole (hadiah) untuk kawan kesayangan yang kesunyian ni. terima kasih sahabat!

berikut merupakan senarai ole-ole yang diberi oleh mereka...

yaya: purse warna purple... =)
         chopstick (memang simpan la ni mana reti guna)
         keychain panda yang sangat comel sedang berada di atas pokok (u ada?)

dengan rendah hatinya dia cakap, ini je yang mampu... alahai... kalau tiga barang ni bagi saya la kan dah terlebih dari mampu dah. ni pun saya dah sangat gembira... sekurang-kurangnya ada jugak ingatan dia kat saya. hahaha

mira: baju hong kong satu saiz M!!! (jangan jealous!)

jarang kalau orang pergi luar negara nak hadiahkan baju kat orang lain tapi nak buat macam mana kan untunglah saya dapat baju... haha opps tertinggal... ada lagi dia bagi... satu tulisan atas kertas yang berbunyi " I luv Hong Kong, Syam Poyo" aik? mengapakah??? dia love Hong Kong mengapa saya yang kena poyonya? aduyai kawan sorang ni... hehe
[UPDATE: dengan paksa rela mira bagi chopstick juga sebab saya mintak]

mek: BILA NAK DAPAT HADIAH DARI KAMU NI???

hahaha... dari hari ke hari dia cakap nanti dia bagi. tapi sehingga hari ini iaitu hari ahad, batang hidung ole-ole pun samar-samar je. hahaha! tapi tak apa... kita tunggu dan lihat... sekiranya post ini telah diupdate bermaksud saya dah terima hadiah dari dia... hehe

[UPDATE: mek dah bagi keychain dan juga chopstik] 

anyway, hadiah tu hanya sebagai satu peringatan dari korang... i really appreciate it... yang penting korang semua selamat pergi dan selamat balik... and kita still boleh hang out sama-sama... =) (fizo nak ikut tak?)

satu gambar walaupun saya tak ada bersama mereka tapi saya rasa mereka mengingati saya adalah gambar lakaran nama saya entah kenapa tapi saya terasa dihargai... thanks again friends... =) nanti panjang umur murah rezeki, kita pergi sama-sama ke sana ye... =)

and... one more ole-ole dari orang baru balik dari luar negara jugak (HE, bukan fizo omar) dengan perasaan kurang malu saya nak mintak jugak kat dia tolonglah bagi saya ole-ole. hahaha! sebagai tanda awak ingat kat saya. jangan sampai saya call and mintak ye. lalala~


thats all for today...
will update my story later...
sekarang, sedang berjuang menyiapkan map cadangan 
(fizo bukan nak tolong)
malas nak terang panjang-panjang
sakit kepala korang nanti (bajet la syamira!)

jumpa nanti okay!
assalamualaikum... =)


Monday

assalamualaikum para pembaca yang sudi membaca pos saya. segala puji hanya pada Allah dan selawat ke atas Baginda Rasulullah.

alhamdulillah, masuk hari ini dah seminggu saya menamatkan final exam saya. semoga mendapat keputusan yang menggembirakan hati setimpal dengan usaha diri. amin...

hari rabu ni, bermulalah kehidupan separa kerja praktikal saya di JPBD shah alam. JPBD itu singkatan kepada jabatan perancangan bandar dan desa. semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin...

berkenaan topik di atas, saya nak kongsi la sedikit sebanyak pengalaman jawab exam hari tu. selesai menjawab kesemua empat paper, rasanya alhamdulillah saya dah buat yang terbaik. terpulang kepada penilai untuk menilai jawapan saya. semoga dia bermurah hati bagi saya A. hahaha... insyaAllah...

dalam sibuk mengulangkaji dan memerah otak menghafal dan mengingat setiap pelajaran sampai sakit-sakit. sampai terpaksa telan panadol dan terpaksa kuatkan semangat berlawan dengan penyakit untuk menghadapi exam. mujur Allah masih bagi kekuatan kat diri. dalam pada itu jugalah saya terdengar risik-risik yang mengatakan ada yang tergamak meniru dalam peperiksaan. ini bukan exam biasa ya. kalau test dalam kelas dan memang ada open book test tu kira accepted. tapi ni FINAL EXAM.

sejauh mana kita mampu menguji minda kita ni mengingati setiap apa yang kita dah belajar. boleh tak kita terjemahkan dalam exam. apa la guna dapat keputusan high class tapi hakikat yang sebenarnya otak dan minda kita ni low class? meniru dalam final exam boleh mendatangkan ketidakredhaan rakan-rakan kita yang lain secara kita tidak sedar. 

orang lain bertungkus lumus memerah otak, kita senang-senang jawab exam dengan jawapan depan mata dalam erti kata yang lainnya ada 'TOYOL' yang tolong kita masa exam tu. kalau korang kat tempat orang yang stress belajar tu, agak-agak apa yang korang rasa kalau korang tau ada pulak kawan korang tu meniru tapi tak kantoi pulak. bengang tak agaknya?

benda itu memang kita rasa seronok buat. biasalah orang kata manusia ni kalau benda yang salah memang lagi suka. nak-nak pulak dapat result gempak. tapi buat apa kalau bukan dengan usaha kita. kita sepatutnya tak boleh fikir dalam jangkamasa pendek. try to think outside of the box. berfikir dalam jangkamasa yang panjang. apa kepuasan yang korang dapat kalau korang meniru? its nothing dear...

masa depan kita ni jauh lagi. lepas masuk universiti, kita nak kerja pulak. masa mintak kerja kita guna result kita. 'result gempak' yang dicipta gara-gara meniru dalam exam. yang membolehkan orang pandang kita tinggi dan semua respect kat kita dan disebabkan result yang gempak tu, kita dapat kerja dengan pangkat yang besar dan gaji yang sangat lumayan.

mesti rasa seronok kan? tapi halal ke duit yang kita makan tu? yang kita dapat hasil dari kerja kita? kerja itu memanglah halal kan tapi cara kita dapat kerja dan orang yang bagi kerja kat kita berdasarkan result kita yang meniru tu? korang rasa halal ke? 

dah kalau tiru dalam exam itu boleh dikatakan haram dan sememangnya tak patut. plus orang lain tak redha dengan kita, dah sah-sah gaji yang kita dapat tu pun boleh dilabelkan sebagai HARAM. korang nak makan duit haram? duit haram tu bukan mengalir dalam tubuh kita je tapi generasi akan datang. macam mana nak wujudkan generasi yang baik kalau permulaan dah tak baik? terfikir tak pasal benda ni?

so, waspadalah. apa yang kita buat hari ini memberi impak kat masa depan. kalau gagal dalam exam tapi atas usaha keras kita sendiri lebih baik dari lulus dengan cemerlang tapi tiada usaha. gagal sekali tak bermakna gagal selamanya. ingatlah Allah bersama-sama dengan orang yang berusaha.

maka, jom hapuskan budaya meniru dalam exam untuk generasi yang lebih baik di kemudian hari. usaha tangga kejayaan. semoga hari ini lebih baik dari semalam. =) wallahualam...

jangan jadi macam ni tau!

 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review