Saturday

Assalamualaikum wbt,

Dalam sedar atau tidak begitu pantas waktu berlalu. Tahun hijrah dah menginjak naik setahun menjadi 1436H. Dalam setahun yang lalu, berapa banyak amal yang dibuat, berapa banyak kebaikan yang dilakukan dan berapa banyak pula dosa yang terbeban? Tepuk dada, tanya selera. Semoga amal kita semua diterima dan semoga tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Aminnn...

Dalam sedar dan tidak juga dah 5 bulan aku bekerja dekat syarikat Compumed ini. 5 bulan yang memberi banyak pengalaman, suka dan duka. Dari aku tak ada fahaman tentang akaun ni dah ada la juga sikit2 walaupun tak faham sepenuhnya dan tak faham banyak lagi term yang budak2 akaun ni gunakan. But at least aku mampu juga buat kerja akaun kan. Sebab tau buat kerja lagi penting daripada tau basic tapi tak tau buat kerja... Huhu... Macam aku la kalau aku kerja sebagai Town Planner... I do have the basics about the planning but I'm not so sure how well I able to manage the works... Haha... Let it be...

Setiap pertemuan ada perpisahan... Dalam akaun ni ada jugak dibahagi kepada beberapa unit... Unit Billing, Unit Payment dan Unit Update... Aku dalam unit payment... Unit payment ni actually ada tiga orang... Bulan akan datang, bakal menyaksikan aku keseorangan untuk cover tiga orang punya kerja... Dua orang dari Unit Payment dah nak pergi... Huhu... Seorang dah terima kerja lain... Seorang lagi nak kerja kat Seremban sebab nak ikut suami... Aku yang single mingle available and alone ni nak buat alasan apa pulak... Aduyai... Terpaksa redha dan merelakan... Lagipun pengalaman kerja aku tak sampai setahun lagi so sangat susah untuk apply kerja kat tempat lain memandangkan backgound study dan scope kerja aku yang berlainan...

Kerja aku yang sekarang pun dah macam tak terbuat menybabkan aku terpaksa buat OT hampir setiap hari... Penat memang tak terkata la kan... Tapi demi mencari rezeki yang halal dan niat nak tolong ibu dan abah akan ku kuatkan juga hati dan diri untuk terus bekerja... Sometimes rasa macam dah tak tertanggung tapi aku tau Allah tu tak akan membebani hambaNya melainkan sesuai dengan keupayaan mereka... Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah...

Kalau dah tak tertanggung sangat memang aku banyakkan mencari kekuatan diri dalam setiap sujud dan doa dan aku tau Allah dengar sebab tu aku lega bila mengadu kat Dia... Semacam dapat satu kekuatan baru setiap kali selesai solat menyebabkan aku terus kuat... Terima Kasih ya Allah...

Ok. Tak tau nak merepek apa lagi... Haha... Last but not least semoga aku cepat dipetemukan jodoh dan ikut jejak langkah kawan2 aku yang lain yang dah sempurna separuh daripada iman mereka... Tercabar jugak dah 24 Tahun ni aku still alone... It's okay... Semoga Allah pelihara hati dan cinta aku daripada yang bukan hak aku... Biarlah hati dan cinta aku untuk yang halal buatku dan bukan untuk orang lain...

"Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.
 
Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.
 
Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu.

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.
 
Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu"

Wassalam...

Monday

Assalamualaikum wbt buat semua pembaca...

Dah lama rasa tak menulis dalam blog ni. So, ambil kesempatan kejap hari ni dalam ofis nak update blog yang dah nak berlapok ni... huhu

Oyeah lupa nak kongsi. Saya dah kerja. Almost two months starting from 28052014 (save the date) until today 22072014 onwards insyaAllah. Kerja tak adalah biasa sangat but I like the way it is. Dapat masuk kerja ni mulanya just for temporary sebab ganti orang maternity leave. Tapi Alhamdulillah mungkin rezeki dekat sini. Ada orang berhenti so that I replace her as an Account Assistant. Gaji boleh la. Kiranya cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan dan dapat ringankan beban orang tua. =)

Cerita pasal kerja ni sebenarnya kerja ni dah lari langsung dengan bidang yang saya belajar masa diploma dan ijazah. Bukan lari sikit2 tapi lari sangat dan memang tak ada sangkut paut langsung. Tapi Alhamdulillah as math is my favourite subject, so tak ada masalah dengan kerja akaun ni. Yang penting hendak seribu daya, taknak seribu dalih.

Yang bestnya pasal kerja ni, saya masuk tanpa interview yang perlu persaingan tu. Just interview yang simple then terus masuk kerja. Tak payah nak tunggu call bagai macam a few workplace yang saya pergi interview dan kesudahannya mengecewakan. Tak apa. Janji kerja akaun ni boleh buat saya happy sebab banyak berkait dengan nombor daripada tulisan dan pelan2 bagai.

Its ok... Rezeki dari Allah... Apa2 kerja yang dapat pun, kerjalah dengan hati yang ikhlas insyaAllah walaupun gaji tak banyak tapi tetap cukup... Yang penting jangan lupa bagi dekat parents ok. Dapat banyak, bagilah banyak. Dapat, sikit, bagilah sikit. Ikut kemampuan la kan... =)

Okay. Need to go now... Have many works to do... See you later guys...


Saturday

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera... Semoga kalian sentiasa dalam rahmat yang Esa...

Hari ni saja nak post something kat blog ni... Kesian pulak dah lama ditinggalkan since last year bila busy dengan final sem... Tambahan pulak masa tu internet macam *** . So, di kesempatan masa yang terluang bila dah habis belajar ni, cubalah untuk kembali aktif walaupun dulu2 tak adalah aktif mana pun... =) Tapi, sekurangnya blog ni tak dibiarkan berhabuk...

Just wanna share a story with you guys...
On 7th April 2014, I went for an interview with this one company that related to town planning background. But, with deep sadness, I can say that I'm not being accepted to work there for several factors. First, they were looking for someone with related working experiences. So, since I'm fresh graduate I didn't fit it. Second, they want someone who are able to communicate well in English. So, once again I didn't fit the requirement. Third, they said that I'm lack of confidence level. Huhu... And lastly, they said that they didn't see my vision and my mission towards future planning. Am I???

Its ok... Mungkin rezeki kat tempat lain... Have faith in Allah... He knows well... =)

Tapi, apa yang buat diri ini rasa macam nak berfikir sejenak ialah bila mereka (yang interview tu) tanya, "Kenapa awak masuk planning? Awak memang minat ke?" Then, aku jawab, "Tak minat, sebab saya minat bidang kira2. Tapi dah rezeki dapat offer dari course Town Planning so nak tak nak kena la terima sebab peluang takkan datang dua kali," Then mereka kata, "Awak sepatutnya belajar apa yang awak minat awak tak boleh terima je apa2 sebab itu nampak macam awak ni tak ada pendirian."

Ok. Statement ni terasa nak marah. Apa pulak kena mengena pendirian hidup aku dengan apa yang aku belajar? Aku tak faham. Pandangan aku lain dari mereka2. Biar aku jelaskan.

Lepas SPM 2007, mestilah kena isi borang UPU. First choice aku adalah Bidang Akaun. Town Planning ni aku letak ditempat keempat sebab masa tu rasa nama macam sedap je. Tapi disebabkan background study aku tak ada kena mengena dengan akaun so aku tak dapat offer dari bidang akaun walaupun itu adalah apa yang aku minat dan itu jugak pilihan aku yang pertama. Background study aku ialah Sains Teknikal. Since Sains Teknikal ni ada kena mengena sikit je dengan Town Planning, macam adalah basic dia, maka aku dapat offer dari bidang tu.

So, secara logiknya, patut ke aku tolak tawaran bidang Town Planning yang aku dapat offer sebab aku kejar bidang akaun yang aku pun tak tau akan dapat offer atau tak memandangkan aku tak ada basic langsung dalam akaun? Kalau result SPM memang first class, mungkin berani jugak kot nak tolak2 tawaran bagai ni. Tapi disebabkan result SPM yang suam2 kuku tu aku rasa macam tak ada hak nak tolak. Haktuih mungkin ada. Jadi kat sini pilihan dia antara minat atau peluang depan mata? Kalau diikutkan hati memang taknak la sebab aku tak tau pun bidang Town Planning tu apa. Tapi, pelan2 kayuh la kan dan Alhamdulillah, aku berjaya habiskan jugak belajar dalam course tu.

Kenapa masa SPM aku tak ambil akaun? Sebab kat sekolah aku tak ada cikgu yang ajar subjek tu. Aku sekolah asrama.  So, subjek SPM memang yang dah ditetapkan. Kalau aku nak jugak ambil akaun tu, aku kena belajar sendiri. Tapi, tak payah lah nak tunjuk hebat kan nak belajar sendiri pulak sebab memang takkan boleh punya. Huhu... So kat sekolah aku tu ada tiga teras je... Sains Agama, Sains Tulen dan Sains Teknikal (bidang aku). So, since aku tak minat subjek sains makanya Sains Teknikal adalah pilihan terbaik sebab dia tak ada subjek biologi. 

Selalu orang kata tak minat, tak payah buat. Bagi aku, minat tu memang kena tolak la tepi sebab dalam zaman maju sekarang ni, dengan ramai sangat student yang pandai, persaingan nak masuk U tu sangatlah tinggi, dengan macam2 faktor yang berkaitan lagi, aku tak rasa minat tu adalah faktor utama yang perlu diambilkira untuk sambung belajar. (NI UNTUK RESULT STUDENT YANG BIASA2 YE, BUKAN YANG CEMERLANG, GEMILANG DAN TERBILANG). Kalau dapat bidang yang kau minat, Alhamdulillah. Tapi, kalau tak dapat? Takkan lah nak reject offer. So, memang kau tak akan tolak la.

Satu, kalau tolak, tak mungkin dapat offer kali kedua. Kedua, kalau dapat offer sekalipun mungkin akan dapat lambat berbanding orang lain. Dapat pelajar ambilan kedua pun dah sedih sebab dah tau lambat dari kawan2 lain. Kang tengok kawan2 lain semua dah grad, kau je lagi terhegeh2 nak habiskan belajar. Ni aku tak kutuk, ye tapi realitinya memang macam tu. Hanya orang yang berhati kental je boleh lalui benda macam ni tapi orang tu bukan aku la. Orang sekarang ni kalau boleh habis SPM nak ada PHD terus sebab nak cepat2 habis belajar. Lepas tu nak kerja, lepas tu nak kahwin dan macam2 lagi seangkatan dengannya. Kan?

Bagi aku, apa saja peluang melanjutkan pelajaran yang ada dan yang dapat, kau kena grab it.  Walaupun offer tu dari bidang yang kau tak pernah tau dan tak pernah ada interest in it. Sebab apa? Sebab kalau setakat kau sorang yang tolak, pihak U terbabit boleh gantikan tempat kau dengan orang lain. Berpuluh ribu lagi orang kat luar sana yang berebut nak masuk U. So, bila kau dah dapat offer tak payahlah nak fikir minat tak minat, yang penting kau sambung belajar. Dah rezeki kat bidang tu. Betul tak? Aku rasa kalau aku tolak offer belajar ni dulu atas dasar tak minat, mungkin sekarang ni aku masih menggenggam SPM yang tak seberapa tu je. Rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.

Aku memang tak setuju dan takkan setuju bila orang kata kena buat apa yang kita minat. Memang la betul kalau tak minat, memang tak boleh buat. Tapi, kadang2 yang kita tak minat tu lah yang kita dapat. Dalam kes aku, aku memang tak suka Town Planning ni tapi mungkin kalau aku dapat offer dari bidang akaun pun aku takkan berjaya. Sebab bagi aku, kejayaan ni bukan ditentukan oleh bidang apa yang kau pelajari tapi sejauh mana kau berusaha untuk berjaya. Barangkali sesuatu yang kita benci tu adalah yang terbaik untuk kita dan barangkali sesuatu yang kita suka tu adalah yang terburuk untuk diri kita. Wallahualam...

So nasihat aku, sukalah apa yang kita ada dan dapat walaupun kita tak ada dan tak dapat apa yang kita suka. Perancangan Allah itu adalah sebaik-baik perancangan. See u later guys... Wassalam... 




















  

Friday

Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera...

Terlebih dahulu sebelum memulakan post pada hari ini, marilah sama2 mendoakan penumpang dan anak kapal MH370 yang dipercayai penerbangannya telah berakhir di Lautan Hindi. Kisah ini mendapat tempat di seluruh dunia memandangkan permulaannya seperti sebuah misteri. Allah jua yang mengetahui segalanya. Tiada siapa yang tahu kenapa, mengapa dan apa yang sebenarnya terjadi dan sebagai manusia biasa, saya juga masih berharap ada keajaiban berlaku dan saya juga sangat ingin tahu kenapa kapal itu disitu. Namun, tiada daya dan kekuatan dan kita sedar betapa ceteknya ilmu manusia ini dibanding dengan kuasa Allah. 

Hentikanlah tuduh menuduh yang tidak berasas, spekulasi2 yang tidak masuk akal, pertanyaan2 yang tiada jawapan dan sama2 menginsafi apa yang berlaku. Ini semua kuasa Allah. Semoga ada hikmah yang tersembunyi dalam kisah duka ini. Dari Allah kita datang dan kepada Allah jua tempat kembali. Walaupun tidak ada kena mengena dan tidak mengenali sesiapa di dalam MH370 tersebut tetapi hati ini tetap tersentuh dengan berita yang dukacita ini. Semoga waris semua penumpang dan anak kapal yang berada dalam MH370 itu terus tabah menjalani hari2 mendatang. Semoga kotak hitam akan ditemui dan insyaAllah dari situ segalanya akan terjawab. Allah adalah sebaik baik perancang. Wallahualam...

Now, back to my real story...

Habis je bulan ini maka genaplah hampir 4 bulan dari tarikh saya grad sebagai seorang penganggur terhormat. Huhu... Bukan tak usaha cari kerja, tapi majoriti syarikat memerlukan pengalaman. Jadi, sebagai seorang fresh graduate ijazah, sama sekali tak layak untuk kerja2 berkenaan. Kalau ada kerja pun memang sangat banyak persaingan sebab majoriti memang fresh graduate kan dan satu lagi masalah tak ada kenderaan nak pergi. Nak masuk kerja kerajaan, memang lagilah tak layak. Kalau tak ada orang dalam atau cable yang kuat, mustahil untuk dapat. Entahlah... tak ada rezeki lagi. Mungkin ada sesuatu yang lebih baik menunggu di masa akan datang. Buat sementara ini kerja sebagai Research Assistant (RA) kepada lecturer di UiTM Shah Alam. Upah tak banyak tapi bolehlah nak tampung perbelanjaan bulanan. InsyaAllah... Sesiapa yang ada kerja kosong sila inform... Huhu... (Sangat Desperate)

Dalam masa tak kerja dan duduk rumah ini, petang2 main badminton. Pagi dan malam menghadap laptop. Tengok movie, main game, edit2 gambar dan download2 apa2 yang best. So minggu ni tergerak la hati nak explore benda baru. Tapi benda ni sebenarnya dah lama. Haha... But still new to me... Huhu... Benda baru tu Adobe Illustrator dan Macromedia Flash... Adobe Illustrator tu nak buat watermark, kartun2 dan Flash tu nak buat movie, animasi, game dll. Everything can be learn through your fingertips nowadays so antara nak dengan tak nak je. 



Ni watermark yang berjaya dihasilkan guna Illustrator. Comot sikit tapi as a beginner, saya puas hati dengan hasil kerja yang tak seberapa ni. Hahaha. Berhari2 jugaklah explore untuk buat benda sesimple ni. Lastly, berjaya jugak menghasilkan sesuatu. Tapi Illustrator tu problem pulak tak boleh save. Asal nak save je mesti terus terpadam. So copy watermark yang dah siap ni masuk dalam Photoshop maka baru dapat save.

Yang kedua belajar buat animasi yang simple2 guna Flash. Memang best kalau kreatif. Macam2 boleh buat. Kalau tak kreatif macam jadi masalah sikit la kot. Tapi tak apa. Hendak seribu daya. Ilmu boleh dicari. So saja try. Yang first tu saja nak cuba2. Memang tak cantik la. Haha. Tapi, budak baru belajar kan. Proud of myself. Second tu konon2 nak buat banner untuk blog ni nak letak kat header tapi tak tau la plak macam mana nak masukkan. Banyak dah search cara dia tapi tak ada yang berjaya lagi. Nanti akan try masukkan jugak sehabis daya. Huhu... So try masukkan kat post je la. Harapnya berjaya. Kalau dapat tengok kat bawah ni means berjaya la tapi kalau tak dapat will be search for the next method.

So, akhir kalam untuk post kali ni, nak komen, nak marah, nak perli or nak apa2 je gunalah bahasa yang yang budiman jangan guna bahasa kurang sopan kerana bahasa yang digunakan mencerminkan peribadi anda. Don't become a keyboard warrior that seeks for people's attentions. See you next time... Wassalam...





 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review