Saturday

OMG

Assalamualaikum... huhu... dah lama jugak tak membebel dan mengarut dalam blog ni... almaklumlah final sem so a bit busy with my thesis... huhu... alhamdulillah lagi dua minggu je tinggal sebelum hantar... so, wish me luck... =)
Dah nak habis ni mula memikirkan arah tuju selepas dapat result... nak sambung ke peringkat seterusnya ke, nak kerja ke, or just nak tunggu orang masuk meminang?(tergatal pulak) Hahaha
By the way, just hoping the best for my future... huhu...
Semalam, 22/6/13, abang aku dah selamat bertunang dengan pilihan hatinya... semoga diorang terus kekal hingga naik pelamin dan ke akhir hayat... aminnn
Tahun depan bila abang dah kahwin tinggallah diriku keseorangan as the last person and daughter in my family yang tak kahwin lagi... dah nak kahwin macam mana kalau calon pun samar2 kan... hahaha
By the way hari tu ada orang merisik khabar mencari calon untuk anaknya yang sekarang bekerja di luar negara... anak dia just nak isteri yang duduk rumah dan tak bekerja sebab dah mampu tanggung semuanya... ohoho mampukah dalam masa terdekat aku menerima risikan itu tanpa mengenali empunya diri? Huhu... let the time decide... huhu
Actually memang nak dan mengimpikan hubungan percintaan selepas pernikahan sebab dah terjamin halal... tapi bila tiba2 muncul risikan macam tu tak mampu nak memberi jawapan... once again, let the time decide... huhu
Tapi tak sangka jugak sebab still ada lelaki yang nak kahwin dan suruh mak ayah dia carikan... in fact aku pun suruh mak ayah aku carikan calon untuk aku jugak... so kat situ macam dah satu kebetulan... hahaha
Kahwin ni bukan satu benda yang mudah dan dalam masa terdekat aku tak mampu bagi jawapan sebab aku tak rasa aku bersedia... memang bila tengok kawan2 yang dah ramai kahwin buat aku fikir bila pulak giliran aku tapi huhu tak berani bagi jawapan pasti... biarlah rahsia...
Just imagine kalau risikan tu aku terima... aku tak pernah kenal dia dan dia pun tak kenal aku... macam mana nak lalui hidup lepas kahwin? Huhu... kalau indah macam dalam novel dan kisah2 cinta di tv memang aku bagi jawapan ya tapi macam mana kalau terjadi tu adalah sebaliknya?
Memang la kadang2 orang yang bercinta bagai nak rak pun belum tentu kahwin sebab kita tak tau siapa jodoh kita. Then kalau kahwin dengan orang yang kita cinta tu pun belum tentu lepas kahwin dia tak berubah... huhu
Apa-apa pun semoga Allah memberikan aku kekuatan dan keyakinan dalam setiap keputusan yang aku nak buat... so jawapan aku, kalau rezeki aku kahwin awal then aku akan kahwin awal... if not, Allah masih bagi ruang untuk aku betulkan diri sebelum jumpa bakal imam aku... huhu
Manusia merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah sebaik-baik perancangan... hanya mampu doakan yang terbaik untuk diri... kalau aku dan dia ditakdirkan bersama walau aku tak kenal dia, Allah akan menyatukan hati kami... serahkan pada Yang Kuasa...
Wallahualam... aku tak tau apa yang akan terjadi hari ni dan esok... semoga kita semua dalam rahmatNya... aminnn
See u later guys... =)

1 Comment:

  1. ILoveFlower said...
    your blog sangat cute..like2..:)

Post a Comment



 

...MY JOURNEY... Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review